Lima kluster baharu, tiga kluster tamat

0
2

TERDAPAT lima kluster baharu dikesan hari ini membabitkan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Negeri Sembilan.

Daripada jumlah itu, tiga kluster yang dikesan itu adalah membabitkan jangkitan di tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata di Selangor pihaknya mengesan satu kluster baharu membabitkan daerah Klang iaitu Kluster Jalan Galah yang sehingga kini mengjangkiti 22 individu sejak dikenalpasti pada 13 Disember lalu.

“Di Kuala Lumpur, satu lagi kluster tempat kerja dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Datuk membabitkan daerah Titiwangsa, Kepong dan Lembah Pantai yang sehingga kini sudah menjangkiti 23 individu sejak dikesan pada 26 Disember lalu.

“Di Johor terdapat dua kluster baharu dikesan iaitu Kluster Kampung Baharu dan Kluster Pekeliling yang membabitkan daerah Johor Bahru dan Pontian.

“Bagi Kluster Kampung Baharu sebanyak 35 kes positif dicatatkan sejak dikesan pada 23 Disember lalu manakala Kluster Pekeliling pula mencatatkan sebanyak 27 kes positif sejak 21 Disember,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, di Negeri Sembilan, pihaknya mengesan satu kluster yang dikenali sebagai Kluster Jalan Rasah yang membabitkan daerah Seremban dan Putrajaya.

“Setakat ini, sebanyak 17 kes positif dicatatkan menerusi kluster ini yang dikesan pada 23 Disember lalu,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 511 kluster telah dilaporkan termasuk lima kluster baharu pada hari ini. 

Katanya, jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 286 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Teduh, Kluster Jaya dan Kluster Berendam. 

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 225 kluster,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here