Petugas kesihatan hampir serah kalah – Dr Noor Hisham

0
2

ADA petugas kesihatan yang sudah bersedia untuk menyerah kalah kerana disebabkan kepenatan yang teramat apabila sekali lagi terpaksa berdepan gelombang ketiga wabak Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, petugas barisan hadapan bertungkus lumus bertugas tanpa henti setiap hari sejak Disember tahun lalu.

“Kini genap setahun mereka bertugas tanpa henti demi berkhidmat untuk menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia di lapangan, klinik kesihatan, hospital, makmal dan di semua fasilit kesihatan mahu pun di belakang tadbir,” luahnya di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, demi tugas, petugas kesihatan negara terpaksa berjauhan dengan keluarga sejak penularan wabak melanda.

“Mereka kini bukan sahaja letih daripada segi fizikal, tetapi mental (emosi) juga.

“Ada yang bersedia untuk mengalah dan menyerah kalah disebabkan kepenatan yang teramat terutamanya apabila terpaksa sekali lagi menghadapi gelombang ketiga penularan wabak Covid-19,” katanya.

Justeru, beliau sekali lagi mengajak seluruh rakyat Malaysia sekali lagi memutuskan penularan Covid-19.

“Kita mesti menang. Demi Malaysia,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here