Covid-19: Mampukah sistem kesihatan kita bertahan, soal Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melontarkan persoalan sama ada sistem kesihatan negara masih mampu bertahan sekiranya kes positif Covid-19 terus meningkat.

Beliau berkata, jika trend yang ditunjukkan pada bulan Disember ini berterusan ia memungkinkan kes aktif di negara bakal mencecah 40,000 pada akhir Januari depan.

“Adakah sistem kesihatan kita masih mampu bertahan masa itu memandangkan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kata kapasiti logistik kita sudah dilebihi dua hari dahulu.

“Pesakit Covid-19 yang tidak bergejala disuruh berkurung diri dalam rumah sahaja,” katanya di Facebook hari ini.

Dalam hantaran sama, Ahli Parlimen Pekan itu turut memberikan kronologi kes Covid-19 di negara.

16 Disember: Jumlah kes Malaysia melebihi China – “Covid-19 masih terkawal, tiada perutusan khas”.

24 Disember: Jumlah kes Malaysia cecah 100,000 orang – “Covid masih terkawal, tiada perutusan khas”.

26 Disember: Jumlah kes baru sehari sebanyak 2,335 pecah rekod – “Covid masih terkawal, tiada perutusan khas”.

“Dan semalam, jumlah kes Covid cecah 110,000 orang. Kes aktif naik ke rekod 22,562 kes iaitu kenaikan 1,119 pesakit dalam satu hari sahaja. “Covid masih terkawal, tiada perutusan khas”.

“Sejak kita melebihi China 15 hari dahulu, jumlah kes Malaysia turut melepasi negara-negara Ireland, Bahrain, Kenya, Algeria, Libya dan Paraguay.

“Hari ini, kita hampir pasti akan melebihi Bosnia. Dua hari lagi, kita bakal “menang” Venezuela,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here