LHDN nafi ada akaun TikTok

0
2

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan mempunyai akaun TikTok seperti yang tular menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.

LHDN dalam kenyataan berkata, institusi itu hanya mempunyai akaun rasmi media sosial di portal rasmi iaitu www.hasil.gov.my; Facebook (facebook.com/LHDNM); Twitter (@LHDNMofficial), Instagram LHDNM dan Youtube (LhdnTube).

Katanya, bagi mengelakkan identitinya terus disalah guna, LHDN telah membuat laporan polis dan ini akan disusuli dengan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam masa terdekat.

“LHDN menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam setiap penyiaran (posting) di media sosial,” katanya.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line dengan menelefon 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara).

Selain menerusi, Hasil Live Chat atau borang maklum balas dalam portal rasmi LHDN menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here