Veteran Umno Hassan Harun meninggal dunia

0
1

BEKAS Veteran Umno, Datuk Hassan Harun meninggal dunia jam 5.15 pagi tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh anak Allahyarham menerusi aplikasi WhatsApp.

“Assalamualaikum. Nak maklum ayahanda telah melepaskan nafas terakhir. Semoga Allah SWT menempatkan arwah bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Bagi pihak arwah, kawe (saya) hendak mintak maaf atas segala kehilafan, kesalahan baik dari segi perbuatan mahupun percakapan.

“Dan kalau ada sebarang hutang, mohon dihalalkan dan kalau tak boleh dihalalkan, tolong maklum kepada kawe (saya), Insyaallah kawe (saya) akan usaha untuk melangsaikannya,” katanya Seperti dilapor Utusan Malaysia.

Allahyarham Hassan yang juga bekas Pengerusi KUB Bhd adalah pengasas sekolah swasta iaitu Sekolah Kadir Adabi dan Sekolah Antarabangsa Wadi Sofea.

Allahyarham menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tahun ini dan bertanding jawatan Ketua Bahagian Bersatu Pengkalan Chepa. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here