Polis buru pesakit Covid-19 lari dari Hospital Tampin

0
2

SEORANG pesakit Covid-19 dilaporkan melarikan diri dari Hospital Tampin, Negeri Sembilan, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintenden Anuwal Ab Wahab, berkata usaha mengesan pesakit itu sedang giat dijalankan.

“Lelaki berusia 33 tahun yang beralamat terakhir di Petaling Jaya, Selangor itu dikesan tiada di katil hospitalnya pada 11.45 pagi.

“Kali terakhir dilihat lelaki itu memakai kemeja T gelap warna hijau dan seluar jeans warna biru. Usaha mengesan pesakit Covid-19 itu kini giat dijalankan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata, pesakit berkenaan juga bekas banduan Penjara Jelebu.

“Juseru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Kementerian Kesihatan,” katanya.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here