Ingkar PKP: 231 individu ditahan

0
2

SERAMAI 231 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan sebahagian besarnya gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 225 individu dikompaun manakala enam direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (80), tidak memakai pelitup muka (71), aktiviti pusat hiburan (63), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (13) dan lain-lain (4).

“Sebanyak 2,574 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 11,442 anggota telah membuat pemantauan di 3,085 pasar raya, 4,493 restoran serta 1,557 penjaja, 892 kilang, 3,120 bank dan 585 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 869 terminal pengangkutan darat, 169 terminal pengangkutan air serta 61 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam Operasi Benteng, seramai 29 pendatang asing tanpa izin ditahan.

“Selain itu, 10 kenderaan darat dirampas dalam tangkapan yang dilakukan,” katanya.

Ismail Sabri turut memaklumkan 23 operasi sanitasi meliputi 15 Zon Merah, 3 Zon Jingga, 3 Zon Kuning dan 4 Zon Hijau, dijalankan semalam.

“Ia melibatkan lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Sabah (9 operasi), Selangor (2 operasi), Negeri Sembilan (2 operasi), Pahang (2 operasi), Melaka (2 operasi), Pulau Pinang (2 operasi), Johor (1 operasi), Perak (1 operasi) serta Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 operasi) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 operasi),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here