Bapa setan!

0
3
grafik

HARUAN makan anak! Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anaknya.

Tertuduh berusia 39 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin dan tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual menggeselkan kemaluan ke badan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang juga anak kandungnya, dalam kejadian jam 5 petang pada 1 Disember lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan tangan ke dalam seluar mangsa sama di lokasi sama jam 11 malam pada 2 November lalu, lapor BH.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan berusia 14 tahun pada jam 5.30 petang pada Februari 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Syed Muhammad Syafiq memohon jaminan diberikan namun mahkamah tidak membenarkannya dan menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here