Zizi Kirana mahu berubah, enggan pakai seksi lagi

0
2

PENYANYI berimej seksi, Zizi Kirana
mengakui dia kini sedang berusaha menjaga penampilan dengan tidak memakai pakaian yang mendedahkan bentuk badan.

Pemilik nama sebenar, Nurfazelah Mad Tahil ini mengakui perubahan itu dilakukan selepas menerima teguran ibunya.

Penyanyi lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ dan ‘Eh’ itu menjelaskan beliau tersentuh dengan teguran berkenaan dan mula berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik.

“Saya dapat nasihat dan teguran daripada mummy, sebab sehingga umur saya 35 tahun dia tak pernah bagi nasihat yang panjang-panjang melalui mesej.

“Bila mummy mesej macam tu, saya pun terfikirlah selama ni saya kecewakan dia ke? Saya nangis semasa baca mesej macam tu, “katanya seperti dilapor mStar.

Zizi yang sebelum ini dilaporkan pernah bergelar guru al-Quran di kampung halamannya di Semporna, Sabah ketika berusia 17 tahun berkata, beliau akan berubah perlahan-lahan.

“Jadi saya janji kat mummy takkan pakai seksi-seksi lagi… saya berubah perlahan-lahan, ” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here