Tabik tuan Nik Ezanee

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

POLIS dan masyarakat berpisah tiada. Itu dapat disimpulkan tindakan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang meluangkan masa bertemu mangsa kes curi.

Menerusi hantaran di Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, beliau bertemu Muhammad Nor Faizal Nordin, 14 di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara, semalam selepas menjadi mangsa kecurian pada jam 1 pagi hari yang sama.

Berdasarkan perkongsian itu, remaja yang bekerja sambila menjual burger ketika cuti sekolah itu menjadi mangsa kecurian selepas meninggalkan gerainya untuk ke tandas.

“Antara barang yang dicuri adalah telefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan.

“Atas dasar prihatin, IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Petaling Jaya telah menyumbangkan telefon bimbit bagi memberi semangat kepada remaja yang berumur 14 tahun ini agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan,” kata hantaran berkenaan.

Tindakan Nik Ezanee itu menerima pujian masyarakat apabila semua komen di laman Facebook itu nyata berbangga dan berterima kasih dengan sikap yang dipamerkan beliau.

“Sukses tuan..selain ustaz Ebit Liew ..tuan OCPD antara contoh dekat dihati masyarakat seluruh amnya rakyat malaysia…untuk rakyat PJ dapat OCPD hati budi baik,” kata Mohd Adam Arshad.

“Terbaik tuan…semoga satu hari nanti tuan menjawat jawatan nombor satu pdrm malaysia sebagai ketua polis negara,” kata Ahmad Gunners. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here