Nenek mahu jual kuku terpanjang di dunia bernilai lebih RM190,000

0
3

SEORANG nenek yang juga pemegang rekod kuku terpanjang di dunia berhasrat untuk menjual kukunya itu.

Yani Williams, dari Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS) menghabiskan masa hampir 30 tahun untuk membela kuku sepanjang 38 inchi itu.

Memetik laporan Daily Star, wanita itu
berharap untuk memperoleh sebanyak £35,000 (RM190,782) menerusi jualan kuku berkenaan.

Difahamkan, keputusan untuk menjual kuku itu dibuat selepas menyedari sudah tiba masanya melepaskannya berikutan banyak tugasan harian terjejas.

Wanita berusia 54 tahun itu berkata, dia mengalami kesukaran untuk memandu kereta, memakai seluar jeans dan menyuntik insulin kerana dia menghidap diabetis.

Bagaimanapun, ibu kepada lima anak itu hanya mendapat tawaran £75 (RM409) untuk setiap kuku, namun baginya jumlah itu tidak mencukupi.

“Saya tidak akan potong kuku selagi belum mendapat pembeli,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here