Almy Nadia bengang produksi batal ‘last minute job’ suami

0
3

ISTERI kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap sebuah syarikat produksi yang membatalkan tawaran berlakon suaminya pada saat akhir.

Almy berkata, suaminya telah menolak beberapa tawaran lakonan lain demi memastikan beliau dapat menumpu sepenuhnya kepada drama 30 episod berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, atas alasan jadual suaminya bertentangan dengan artis lain, tawaran itu dibatalkan sedangkan
pihaknya sudah memaklumkan lebih awal berkaitan hal berkenaan.

Pihaknya juga bertolak- ansur apabila pengambaran sepatutnya pada bulan Disember telah ditunda pada Januari tahun depan.

“Dah block tarikh untuk shooting dari awal bulan 12, tiba-tiba tunda tarik shooting bawa ke Januari 2021. Suami dah tolak tawaran lain sebab dah berjanji 30 episod katanya. Tiba-tiba tadi telefon cakap batal.

“Tak boleh ikut jadual sebab kena ikut jadual artis lain sedangkan kita dah bagi jadual awal dah lock shooting tiba-tiba batal! Awak semua rasa apa ya? Apa yang awak cuba buat game ini!

“Orang dah tolak kerja lain, apa yang awak cuba buat ini! Perasaan, akal fikiran awak ada di mana ya! Lain kali jangan disusahkan periuk nasi orang faham!

“Tak jadi kat periuk nasi awak semua tak apa . Nanti kalau jadi kat periuk nasi awak semua baru tersungkur faham. Marah betul,” katanya menerusi Instastory di Instagram.

Almy turut memberitahu bahawa dia kecewa sikap tidak bertanggungjawab pihak tersebut yang disifatnya mempermainkan suaminya.

“Tanggungjawab faham! Kita manusia pegang pada janji! Bila dah janji kita pegang jangan la last minit buat orang macam sampah faham! Orang lain punya pasal, orang lain tanggung.

“Maaflah ya, perangai macam ini sebab tak boleh pergi jauh! Sebagai isteri, suami murung, marah, suka dan sedih, isteri akan terkesan sebab isteri ini adalah orang yang paling rapat selain dari orang lain,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here