Nurul Huda Abhar
JIKA semalam tampil menepis semua dakwaan yang tular berkaitan hubungannya dengan PU Riz, hari ini pengacara dan pelakon, Neelofa menyatakan sukar memahami apa yang sedang ingin berlaku kini.

Menerusi hantaran di Insta Storynya, Neelofa berkongsi petikan yang menggambarkan dia hanya berserah kepada Allah dan tidak mahu menghiraukan kata-kata orang terhadapnya.
“Bila tujuan hidupmu adalah sang pencipta maka tak perlu merisaukan apa kata orang. Setinggi apapun orang memanah tak pernah sampai ke bintang.
“Kadangkala, sukar bagiku untuk memahami apa yang Kau inginkan ia berlaku. Tapi, aku percaya padaMu. Aku tahu Kau akan bagi yang terbaik,” tulisnya hari ini.

Hari ini juga PU Riz menerusi hantaran di Insta Story berkongsi petikan yang bertulis “Allah akan menyelesaikan semua pada akhirnya” namun ia telah dipadam beberapa jam selepas itu.
Semalam, Neelofa dalam kenyataan memberitahu mereka masih dalam perbincangan dan keluarga masing-masing sedang mencari jalan penyelesaian.
Jika sebelum ini Neelofa menafikan mempunyai hubungan dengan PU Riz setelah desas desus mengenai kisah cinta mereka tersebar di media sosial.
Namun, pada 1 November lalu, Neelofa dirisik oleh keluarga PU Riz dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga Neelofa. – Malaysiapost
