Semua daerah di Selangor kini zon merah Covid-19

0
3
grafik

SELURUH Selangor kini zon merah Covid-19 dengan Klang daerah tertinggi mencatatkan kes positif di negeri itu dengan 3,476 kes.

Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, turut melaporkan lapan lagi daerah zon merah di negeri itu adalah Petaling dengan 1,415 kes; Hulu Langat (1,225); Gombak (978); Kuala Selangor (380); Kuala Langat (304); Sepang (297); Hulu Selangor (61) dan Sabak Bernam (58).

Kuala Lumpur turut merekodkan empat mukim zon merah dengan Lembah Pantai 2,467 kes; Titiwangsa (747); Kepong (591) dan Cheras dengan 574 kes positif Covid-19.

Putrajaya juga mencatatkan zon merah dengan 49 kes positif Covid-19 direkodkan setakat semalam.

Melaka masih mencatatkan satu zon jingga iaitu di Melaka Tengah dengan 22 kes sementara dua lagi daerahnya dikategorikan zon merah iaitu Jasin dengan 255 kes manakala Alor Gajah dengan 108 kes.

Sabah merekodkan zon merah tertinggi dengan 11 daerah manakala dua zon hijau yang tidak mempunyai kes.

Semalam, Sabah merekodkan 3,243 kes dengan 675 kes di Kota Kinabalu, Lahad Datu (468), Penampang (410), Tawau (379), Sandakan (324), Tuaran (230), Papar (137), Putatan (131), Ranau (113), Kota Belud (69), dan Semporna (49 kes).

Dua zon hijau di Sabah adalah Tambunan dan Nabawan dengan sifar kes positif Covid-19.

Tujuh daerah di Johor mencatatkan peningkatan kes melebihi 40 iaitu Johor Bahru dengan 834 kes, diikuti Kluang 670 kes.

Daerah lain adalah Kota Tinggi 160, Batu Pahat 132, Pontian 93 kes, Kulai 72 kes dan Muar dengan 46 kes positif Covid-19.

Pulau Pinang mencatatkan tiga zon merah dengan daerah Timur Laut tertinggi dengan 291 kes, Barat Daya 177, dan Seberang Perai Selatan dengan 42 kes.

Perak juga mencatatkan tiga zon merah iaitu Hilir Perak dengan 377 kes, Kinta 89 kes dan daerah Larut Matang Selama dengan 53 kes.

Empat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing mencatatkan satu zon merah.

Daerah Seremban mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 871 kes, diikuti Kota Bharu dengan 99 kes, daerah Bentong dengan 95 kes, dan daerah Kota Setar dengan 54 kes.

Sarawak semakin menghampiri negeri zon hijau dengan hanya mencatatkan lima kes iaitu dua di Sibu, dan masing-masing satu kes di daerah Kuching, Serian dan Lawas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here