Syed Saddiq sanggup botak kepala demi rakyat Muar

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

JOM botakkan Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mengajak orang ramai menyalurkan sumbangan dengan matlamat utama setiap keluarga di Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak-anak mereka.

Kempen yang dimulakan pada Sabtu lalu digerakkan bekas Menteri Belia dan Sukan dengan #BotakChallenge setakat ini mendapat sambutan menggalakan.

Syed Saddiq berkata beliau menyasarkan RM200,000 bagi membiayai 100 komputer riba bagi membantu penduduk yang berada di dalam kawasan Parlimen diwakilinya.

“Sasaran saya RM200,000 untuk biaya 100 laptop. Progres setakat ini kita berjaya raih RM61,410.00 dalam tempoh 24 jam yang pertama.

“Kalau kita capai sasaran, saya akan botak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh klik link ini bit.ly/sumbangan1keluarga1laptop – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here