Nelayan rugi RM13,000, ditipu individu menyamar anak perempuan

0
2

TERPEDAYA dengan panggilan telefon daripada individu yang disangka anak perempuannya, seorang nelayan berputih mata selepas kerugian RM13,000.

Difahamkan, mangsa ditipu individu tidak dikenali yang menyamar sebagai anak perempuannya menerusi panggilan telefon Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, nelayan berusia 59 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu yang mempunyai suara seakan-akan anak sulungnya pada jam 11 pagi ketika masih berada di laut.

Beliau berkata, suspek turut memberitahu mangsa bahawa dia menukar nombor telefon dan meminta nelayan itu memasukkan wang sebanyak RM5,000 untuk membeli barang perniagaan.

“Mangsa meminta tolong rakannya membuat transaksi berkenaan sebelum sekali lagi dihubungi suspek dan meminta wang sebanyak RM8,000 lagi kerana wang permulaan yang diterima tidak mencukupi.

“Nelayan itu kemudiannya meminta tolong majikannya melakukan transaksi berkenaan. Namun, sejurus pulang ke darat mangsa menghubungi anaknya untuk bertanyakan mengenai permintaan wang berkenaan, bagaimanapun anaknya menafikan meminta wang daripada mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Rompin semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here