Neelofa-PU Riz bernikah senyap senyap?

0
1

SPEKULASI Neelofa telah bernikah secara senyap-senyap dengan pendakwah bebas Haris Ismail, bertebaran di laman sosial hari ini.

Tinjauan di laman Twitter, terdapat penyebaran beberapa tangkap layar paparan perbualan WhatsApp antara dua individu yang mendakwa Neelofa telah bernikah tanpa pengetahuan keluarganya dengan pendakwah yang mesra dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz di Kelantan baru-baru ini.

Dalam perbualan berkenaan turut mendakwa Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, telah bernikah di Kelantan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd Noor.

“Neelofa nikah di Kelantan tanpa pengetahun Datin Noor Kartini (ibu) dan Datuk Abdul Halim Khan (bapa tiri),”

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan balas daripada pihak keluarga mahu pun pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Suri Hati Mr Pilot’ itu bagi menafikan dakwaan berkenaan.

Dilaporkan pasangan kekasih popular itu bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan.

Malah, baru-baru ini hangat di media sosial apabila Neelofa dikata terlepas memanggil PU Riz ‘sayang’ dalam satu video mereka di YouTube.

Bagaimanapun panas tidak sampai ke petang, apabila hujan di tengahari. Netizen mula dapat menghidu hubungan pengacara popular ini dengan tunangnya kini berentakan.

Menariknya spekulasi itu lebih hangat dibincangkan oleh netizen apabila mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka.

Tindakan sama juga dilakukan ibu Neelofa, Noor Kartini yang membuat perkongsian di Instagram story berkaitan kata-kata memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk.

Mengikut perkongsian netizen di Twitter dengan akaun @zighduhhh memaklumkan foto risik PU Riz dan Neelofa juga khabarnya sudah dipadamkan daripada Instagram. Begitu juga, semua adik-beradik Neelofa dikata sudah tidak mengikuti PU Riz di media sosial.

Pada 1 November lalu, bekas juara Dewi Remaja 2009/2010 itu dilaporkan dirisik oleh keluarga PU Riz dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga Neelofa. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here