Kes Covid-19 naik mendadak, Annuar Musa minta orang ramai kembali ‘stay at home’

0
2

TAN Sri Annuar Musa meluahkan kebimbangan dengan kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan menunjukkan trend peningkatan mendadak, semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan turut menyatakan 2,335 jumlah kes baharu yang dicatatkan itu sepatutnya tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

Menurut beliau, orang ramai perlu kembali mengamalkan norma duduk di rumah, dan keluar hanya apabila perlu sahaja.

“Dengan 2,335 kes baru dan ramainya pengunjung ke tempat percutian serta pusat membeli belah, rasanya wajar kita kembali kepada situasi ‘stay at home’ dan mengamalkan dasar lebih selamat.

“Ia boleh dilakukan secara sukarela dengan mengawal pergerakan tanpa sebarang paksaan,” tulisnya dalam ciapan di Twitter.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan, sebanyak 2,335 kes positif Covid-19 baharu direkodkan semalam, dan ia adalah jumlah jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia sejak Mac lalu.

Berikutan itu, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 103,900 kes, dengan 874 kes sembuh direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 83,414 kes.

Kata Dr Noor Hisham, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula meningkat kepada 20,035 kes dengan 108 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here