Menurut Elinnea, tatu palsu itu telah dibeli menerusi secara dalam talian dan memakainya ketika sedang bercuti baru-baru ini.
“Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan penggambaran, jadi saya saja beli tatu palsu. Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah tatu pun.
“Ia hanya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di IG. Jadi, saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk buat perkara itu,” katanya dipetik daripada Harian Metro, hari ini.
Pelakon jelita yang sedang meningkat naik itu telah mencetuskan sensasi di kalangan warga net susulan memuat naik foto di Instagram miliknya yang memaparkan dirinya mempunyai tatu di bahagian badan.
Bagaimanapun, selain kecaman, ada juga peminat yang memuji kecantikan pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun mendapat lebih 30,000 tanda suka bersama ratusan komen.
Sebelum ini, Elinnea juga pernah mencetuskan sensasi gara gara penampilan beraninya yang ‘daring’ di media sosial
Dalam perkembangan lain, Elinnea terbabit dalam penggambaran drama Sitiktok dan Hatimu Sedingin Salju selain bakal muncul dalam drama Perempuan Tanpa Dosa yang bakal bersiaran di TV3. -Malaysiapost

