3 staf media Ebit Lew pulang dari misi bantuan, terbabit kemalangan

0
3

TIGA petugas media pendakwah bebas, Ebit Lew cedera selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Ebit berkata, kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sejurus selesai misi bantuan kepada sebuah keluarga yang tidur di dalam kereta di Pulau Pinang, semalam.

“Sedih rasa. Pohon doakan tiga orang team media kami kemalangan baru sekejap ini.

“Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew Astro,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu pasukannya dengan empat kereta ke Pulau Pinang untuk memberi bantuan kepada sebuah keluarga di Pulau Pinang.

“Semasa sama-sama balik ke kl. Betul-betul lorong kanan ‘touch n go’ lepas tol jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri ‘uturn’ ke kanan.

“Ada ‘sign’ tak boleh ‘uturn’. Estima mereka cuba elak kereta ‘uturn’ menyebabkan melanggar ‘divider’ tengah jalan,” katanya.

Ebit berkata, beliau ketika ini berada di
di Hospital Gleneagles bagi menanti keputusan CT-Scan ketiga-tiga petugasnya itu.

“Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit,” katanya.

Semalam, , Ebit tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan suami isteri, S Ganesh, 34, dan Parameswari, 32, yang terpaksa bermalam di dalam kenderaan sejak lapan bulan lalu selepas rumah mereka musnah dijilat api.

Ebit berkata, beliau sedih selepas mendengar kisah lima beranak itu, sebelum bergegas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang untuk memberi bantuan rumah sewa termasuk membeli perkakasan rumah kepada keluarga berkenaan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here