Ditipu ‘Love Scam’, wanita lesap RM 87,400

0
3

SEORANG wanita warga emas di Kuantan lesap RM87,400 selepas diperdaya sindiket ‘Love Scam’ yang menyamar sebagai lelaki warganegara Amerika Syarikat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia berusia 60 tahun berkenalan dengan suspek pada Oktober lalu, di laman sosial Facebook.

“Suspek memaklumkan akan berada di Malaysia selama tiga tahun kerana mempunyai projek dengan syarikat minyak di Terengganu.

“Tidak lama kemudian suspek memaklumkan dia dikuarantin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan mahu meminjam wang daripada mangsa untuk menanggung kos perbelanjaan lapan pekerjanya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, suspek juga mendakwa akan membayar wang itu kembali selepas selesai kuarantin berkenaan.

“Pada 30 November sehingga 18 Disember lalu, mangsa memasukkan wang ke dalam tiga akaun berbeza berjumlah RM87,400 melalui sembilan transaksi.

“Selepas memasukkan wang, suspek masih meminta lagi RM13,000, namun wanita itu enggan.

“Mangsa yang rasa tertipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here