Malaysia bakal wujudkan zon pelaburan projek pelancongan – PM

0
2

PUTRAJAYA, 4 Mei -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika menyertai Sidang Kemuncak Secara Dalam Talian Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Berhubung COVID-19 yang berlangsung menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra hari ini. Persidangan dipengerusikan oleh Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyev merangkap Pengerusi NAM bagi penggal 2019-2022. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, May 4 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin deliver his speech during the Online Summit Level Meeting of the Non-Aligned Movement (NAM) Contact Group in Response to COVID-19 at Perdana Putra today. Meeting chaired by Azerbaijan President Ilham Aliyev, the NAM chairman for the 2019-2022 term. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

MALAYSIA akan mewujudkan zon pelaburan untuk projek pelancongan atau ‘Special Tourism Investment Zones’.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata zon tersebut diwujudkan bagi tujuan meningkatkan kerjasama awam-swasta serta menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa.

“Ini juga antara usaha yang akan dilaksanakan menerusi Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang dilancarkan hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran DPN 2020-2030 yang berlangsung secara maya hari ini.

Beliau berkata, pembangunan industri pelancongan yang berasaskan teknologi digital juga penting bagi memastikan objektif DPN 2020-2030 ini dapat dicapai.

“Kemajuan teknologi juga dapat mengukuhkan jaringan antara industri serta membuka jalan bagi sub-sektor inovatif baharu dalam industri pelancongan yang akan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan.

“Dengan ini, pelaburan pelancongan yang berpusatkan teknologi adalah digalakkan,” katanya.

Muhyiddin berkata, DPN dilaksanakan menerusi enam teras strategik utama.

“Iaitu transformasi tadbir urus, mewujudkan zon pelaburan pelancongan yang inklusif, mempergiatkan digitalisasi pelancongan, memperkayakan pengalaman dan kepuasan pelancong, memperkukuhkan komitmen terhadap pelancongan lestari dan meningkatkan kapasiti modal insan dalam semua subsektor pelancongan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, penting untuk mengimbangi pembangunan serta pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah negara termasuk alam sekitar, budaya dan warisan.

“Matlamat kita adalah untuk menjenamakan Malaysia sebagai ‘Top of The Mind Ecotourism Destination of the World’.

“Saya yakin kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu di samping mewujudkan peluang pekerjaan.

“Selain menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan pembangunan produk pelancongan sentiasa mampan, berdaya saing dan inklusif seperti yang dinyatakan dalam DPN,” katanya.

Beliau berkata, usaha ini juga selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

“Kerajaan sedar negara memerlukan hala tuju dinamik dan strategik dalam memulihkan semula industri pelancongan ini.

“Kita mampu menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta menjadikan Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, ia akan dicapai melalui pendekatan utama yang merangkumi pengukuhan daya saing, pembangunan sektor pelancongan secara lestari dan inklusif serta kesedian mengharungi bencara pada masa akan datang. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here