Dipanggil polis Khamis ini, Guan Eng anggap ia hadiah Krismas dari PN

0
3

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng bakal dipanggil polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkannya pada tahun lalu.

Guan Eng berkata, polis telah menyiasat dua kenyataan media berkenaan.

Katanya, beliau mungkin akan ‘menghadap’ polis Khamis ini yang disifatkannya sebagai “hadiah Krismas” daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN), lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum jelas kenyataan media yang disebut oleh Guan Eng itu.

Pada tahun berkenaan, beliau berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Bagan.

Dalam pada itu, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang turut mendakwa siasatan itu sebagai tindakan politik terhadap pembangkang.

Jun depan, mahkamah akan mendengar keterangan pihak pendakwaan dalam empat kes terowong bawah laut Pulau Pinang yang melibatkan Guan Eng. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here