Najib jangan buang masa dengan Anwar, fokus serang Mahathir – Chegubard

0
3

AKTIVIS politik, Badrul Hisham Shaharin menyarankan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi fokus ‘menyerang’ Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang dikenali sebagai Chegubard mendakwa telah membuat analisis mengenai kes yang dikaitkan dengan Najib di mahkamah sebenarnya didalangi oleh Mahathir dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar.

“Najib dan kem dia harus fokus kes dia sendiri. Sangat buang masa dan ‘sumber’ bila dia kerah orang orangnya buat kerja mengarut, maki hamun sana sini… sibuk deal sana sini… Najib jauh lebih baik dari Anwar tetapi kelihatan Najib tenggelam dipermainkan Anwar.

“Dari Najib buang masa berunding dengan Anwar yang lepas itu kem Anwar sendiri bocorkan perbagai dokumen dan fakta lebih baik Najib susun semula pasukannya terangkan kes beliau dan serang Mahathir sebagai perancang serta asak pehaman rakyat ke arah keadilan di mahkamah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau mendakwa mengakui Najib ialah ‘partyman’ dan disiplin organisasinya dalam membantu Belanjawan 2021 diluluskan.

“Sebagai tanda terima kasih saya hadiah booklet (risalah) 21 mukasurat ringkas terangkas kes ke atas Najib. Ia pemerhatian bebas saya lakukan sendiri tapi saya yakin yang tenggelam dalam politik jumud pasti akan terus mengecam.

“Tiada hak cipta saya hadiah untuk Najib dengan nasihat kepada dia dan kem dia jangan buang masa serang sana sini, jangan tambah musuh.. sasarkan penerangan bukan maki hamun.

“Jadikan Mahathir, Zeti, Peguam Negara ketika itu sebagai musuh. Jika Najib mainkan peranan dengan betul dia mampu tanam politik Mahathir dan kuncunya,” katanya.

Julai lalu, media melaporkan Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesemua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC dihadapi tertuduh.

“Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan,” kata Mohd Nazlan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here