116 pekerja kilang Panasonic di Shah Alam positif Covid-19

0
2

PANASONIC Manufacturing Malaysia Bhd mengesahkan 116 pekerja di kedua-dua kilangnya di Shah Alam dijangkiti Covid-19 dalam ujian saringan baru-baru ini.

Dalam satu pengumuman di Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu sudah pun melaksanakan ujian saringan terhadap semua 2,137 pekerja dan hanya 116 disahkan positif.

Susulan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling menasihati Panasonic untuk menghentikan operasinya sementara waktu sehingga satu tarikh ditetapkan.

Berikutan nasihat itu, Panasonic memutuskan untuk menutup fasilitinya bermula hari ini sehingga Rabu bagi membolehkan kerja pembasmian kuman dijalankan.

“Keselamatan dan kesejahteraan pekerja serta komuniti adalah keutamaan kami dalam mengawal keadaan. Kami telah dan akan terus mematuhi SOP Covid-19 secara ketat,” kata syarikat tersebut.

Menurut syarikat itu, ketika ini semua kerja pembasmian di premis dan tempat tinggal pekerja dilakukan secara berkala. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here