PKPD di Pusat Koreksional Jasin, Melaka esok

0
2

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pusat Koreksional Jasin termasuk kuarters kakitangannya di Melaka selama 14 hari bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD itu membabitkan 771 individu terdiri 603 tahanan dan 168 kakitangan serta ahli keluarga mereka.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKPD di lokaliti berkenaan sama seperti diumumkan sebelum ini antaranya tiada pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mendengar pembentangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung situasi semasa peningkatan kes Covid-19 di Pusat Koreksional Jasin dan kuarters kakitangannya.

“Sehingga 19 Disember lalu, KKM melaksanakan 1,251 ujian saringan termasuk saringan kedua serta ketiga dan sebanyak 133 kes positif Covid-19 direkodkan.

“KKM turut mengesahkan berlaku peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 dalam masansingkat dalam kalangan tahanan di pusat ini.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju laksana PKPD di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here