PKR sentiasa pegang prinsip kerjasama

0
2

PKR akan terus mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan parti pembangkang. 

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bulanan parti itu hari ini. 

Katanya, pengukuhan kerjasama itu dilakukan PKR ketika sesi Parlimen lalu termasuk usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput semua wakil parti pembangkang untuk duduk membincangkan strategi menghadapi Belanjawan 2021. 

“Sejak ditubuhkan pada 1999 dan menempuh PRU (pilihan raya umum) pada tahun itu, serta PRU-PRU pada tahun 2004, 2008, 2013 dan 2018, PKR sentiasa mendokong prinsip kerjasama, persefahaman dan gabungan politik melalui Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan. 

“Selama tempoh itu, kerjasama, persefahaman dan gabungan politik ini berpegang kepada prinsip mendokong agenda reformasi, menolak rasuah, kronisme serta kebobrokan dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam mesyuarat sama, Fahmi berkata, PKR berpegang teguh kepada usaha mengupayakan wanita termasuk di dalam bidang politik. 

“Oleh itu, MPP PKR hari ini mengulangi serta menegaskan komitmen seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan parti bahawa minima 30 peratus anggota wanita PKR diutamakan dalam penetapan calon dan lantikan politik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here