Mira Filzah tercalon Wanita Tercantik 2020

0
2

PELAKON dan pengacara , Mira Filzah diumumkan tercalon antara 100 Wanita Tercantik 2020 baru-baru ini.

Menerusi hantaran Instagram (IG) satu media antarabangsa, TC Candler, nama pelakon kecil molek tersebut diumumkan sebagai antara barisan personaliti dunia yang tersenarai sebagai wanita tercantik.

Pemilihan Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman sebagai calon sekali gus dapat mempromosikan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Nama-nama besar yang turut tercalon kategori Wanita Tercantik 2020 adalah Beyonce, Billie Eilish, Demi Lovato dan Dua Lipa.

Selain itu, pelakon Meghan Markle yang juga isteri kepada Putera Harry turut tercalon.

Rezeki Mira yang aktif dalam bidang lakonan dan kini menjadi pengacara program Nona di TV3 semakin mencurah-curah selepas mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar, September lalu.

Hantaran di IG @tccandler memuatnaik foto Mira yang mengenakan tudung bawal berwarna coklat, dan memakai baju longgar berona putih bercorak bitnik polka hitam.

Kandungan kapsyen dalam hantaran tersebut turut ditulis tanda pagar Malaysia, dan ucapan tahniah.

Semakan Malaysiapost mendapati sehingga hari ini hantaran berkenaan telah menerima lebih 21,000 tanda suka dan 500 komen.

Sebelum ini, pelakon Fattah Amin juga tersenarai dalam calon 100 Lelaki Kacak 2020. – Malaysiapost

Sumber: https://www.instagram.com/p/CIrfPzCnoDb/?igshid=h19zpa0kiiod

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here