Kenapa serang, fitnah pada malam saya berkabung – Najib

0
1

DATUK Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan kumpulan bekas penyokong PKR yang kini pro Perikatan Nasional (PN) menyerang dan memfitnahnya pada malam beliau dan ahli keluarga berkabung setelah bondanya kembali ke rahmatullah.

“Bonda meninggal pukul 4 petang, pukul 8.30 dah mula serang saya semula?

“Kenapa pula serang saya tentang isu pengeluaran KWSP sedangkan saya yang cadang moratorium pinjaman pertama dan pengeluaran akaun 2 KWSP (yang menjadi skim i-Lestari) pada Mac di mana berjuta-juta rakyat mendapat manfaat dan kelegaan?

“Kenapa pula nak fitnah saya menipu rakyat sedangkan saya dan Umno telah melawan dari langsung tiada siapa dibenarkan mengeluar dari akaun 1 KWSP, ke 600,000 orang yang layak, ke 2 juta orang yang layak dan akhirnya ke 8 juta orang yang layak,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Ahli Parlimen Pekan itu, sedangkan beliau dan Umno juga dijanji oleh kerajaan berhubung isu berkenaan dan mereka masih berjuang agar bahagian bermasalah terakhir iaitu syarat bagi kategori 2 dimansuhkan.

Beliau turut memuat naik hantaran daripada page Otai di Facebook yang mendakwa Najib menipu berkaitan KWSP dan moratorium sehingga menyebabkan rakyat kecewa.

Kelmarin, bonda Najib, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah meninggal dunia pada usia 87 tahun dan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here