Liverpool belasah Crystal Palace 7-0

0
2

LIVERPOOL mengesahkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana menjelang Krismas setelah membelasah Crystal Palace di gelanggang lawan, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp kini berkelebihan enam mata mengatasi, Tottenham Hotspur yang hanya akan turun beraksi menentang pasukan di kedudukan keempat, Leicester City esok.

Ia juga tahun ketiga berturut-turut Liverpool berada di puncak Liga Perdana ketika sambutan Krismas.

Liverpool yang masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Spurs Rabu lalu, hanya memerlukan tiga minit untuk membuka jaringan menerusi pemain antarabangsa Jepun, Takumi Minamino.

Sadio Mane menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke -35 dan seminit sebelum berakhir babak pertama, Roberto Firmino melebarkan jurang buat The Reds.

Ketua pasukan, Jordan Henderson menambah derita Palace dengan gol keempat pada minit ke-52 dan pemain Mohamed Salah mencipta gerakan untuk Firmino menambah gol kelima minit ke-68.

Salah kemudian menjaringkan gol dalam tempoh tiga minit untuk melengkapkan kemenangan besar Liverpool. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here