KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berharap Sarawak dan Perlis terus kekal sebagai zon hijau bebas Covid-19.
Beliau juga berharap kedua-dua negeri itu terus mengamalkan CAPP iaitu ‘Cegah dari awal’, ‘Amalkan norma baharu’, ‘Patuhi SOP’ dan ‘Pantau status kesihatan’.
“Negeri Sarawak dan Perlis kekal sebagai negeri hijau. Semoga kekal mempertahankan status zon hijau dan mengamalkan CAPP sebagai negeri contoh,” tulis beliau di laman media sosial miliknya malam tadi.
Dr Noor Hisham berkata demikian ketika kes baharu Covid-19 di negeri-negeri lain terus mencatatkan peningkatan.
Semalam, Malaysia mencatatkan 1,153 kes positif baharu dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 15,294 kes. – Malaysiapost

