Covid-19: 1,153 kes baharu, 1 kematian

0
3

SEBANYAK 1,153 kes jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini dengan dua daripadanya adalah kes import manakala selebihnya kes tempatan.

Jumlah kes baharu yang direkodkan itu menjadikan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 91,969 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi berbanding negeri lain.

“Selangor melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 401 kes (34.8 peratus) diikuti Kuala Lumpur sebanyak 281 kes (24.4 peratus) dan Sabah melaporkan 199 kes (17.3 peratus).

“Selain itu, Perak (82), Johor (75), Pulau Pinang (30), Labuan (19), Negeri Sembilan (18), Pahang (16), Kedah (13), Kelantan (10), Putrajaya (4), Melaka (3) dan Sarawak (2),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 112 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 433 kes (0.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 176 kes (15.3 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen.

“Ia membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes) dan Kluster Tembok (80 kes),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here