Ingkar PKP: 249 individu ditahan

0
3

SERAMAI 249 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan sebahagian besarnya gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 248 individu dikompaun manakala seorang direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (132), tidak memakai pelitup muka (63) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (54).

“Sebanyak 2,777 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,489 anggota telah membuat pemantauan di 3,549 pasar raya, 4,761 restoran serta 1,794 penjaja, 1,144 kilang, 3,321 bank dan 548 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 962 terminal pengangkutan darat, 245 terminal pengangkutan air serta 111 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam Operasi Benteng, seramai 46 pendatang asing tanpa izin ditahan bersama dua tekong.

“Selain itu, lapan kenderaan darat dirampas dalam tangkapan yang dilakukan,” katanya.

Ismail Sabri turut memaklumkan sebanyak 40 operasi sanitasi meliputi 14 Zon Merah, tiga Zon Jingga, 12 Zon Kuning dan tiga Zon Hijau dijalankan semalam.

“Ia melibatkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan iaitu Sabah (10 operasi), Melaka (7 operasi), Kedah (5 operasi), Selangor (3 operasi), Pulau Pinang (3 operasi), Negeri Sembilan (2 operasi), Sarawak (2 operasi).

“Johor (2 operasi), Pahang (2 operasi), manakala Perak, Perlis, Putrajaya dan Kuala Lumpur masing-masing satu operasi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here