Young Syefura antara 3 pemimpin wanita DAP hadir beri penghargaan

0
3

Nurul Huda Abhar

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman antara tiga pemimpin wanita DAP yang hadir memberi penghormatan terakhir pada Allahyarhamah Tun Rahah Mohd Noah yang menghembuskan nafas terakhir semalam.

Beliau hadir bersama Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di ibu negara.

Mereka keluar daripada pekarangan masjid pada jam 10.02 pagi.

Young Shefura atau dikenali dengan panggilan Rara ketika ditemui media berkata, pemergian Allahyarhamah adalah kehilangan besar buat negara.

“Kita sebagai rakyat Malaysia, khususnya wanita telah kehilangan seorang wanita yang cekal dan kuat. Allahyarham membesarkan anak-anak dengan usia begitu muda selepas kehilangan suami.

“Takziah saya ucapkan untuk Datuk Seri Najib Razak dan seluruh keluarga,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here