Nurul Huda Abhar
TAN Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Rahah Mohd Noah yang meninggal dunia hari ini.
Perdana Menteri yang mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Najib Razak dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarhamah.
“Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah diberi penghormatan “Istiadat Pengebumian Negara” dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan,
Masjid Negara pada 19 Disember 2020 bersamaan dengan 4 Jamadilawal 1442H.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Allahyarham yang juga balu kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, telah pulang ke rahmatullah di Prince Court Medical Centre petang tadi. – Malaysiapost

