6 kluster baharu hari ini

0
1

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat enam kluster baharu jangkitan Covid-19 yang dikenal pasti hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Negeri Sembilan dan Johor.

1. Kluster Tapak Bina Lebuh
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 15 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 18 Disember 2020, seramai 285 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif Covid-19.

2. Kluster Sugud
Kluster ini melibatkan daerah Penampang dan Papar di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-60,068) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 26 November 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, seramai 163 individu telah disaring, dengan 26 kes telah dikesan positif Covid-19.

3. Kluster Tapak Bina Jalan Tengah
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 245 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif Covid-19.

4. Kluster Persiaran Heights
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84,673 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif Covid-19.

5. Kluster Tembok Gajah
Kluster ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-87,833) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19.

6. Kluster Utama Rini
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-80,177) telah dilaporkan lima positif Covid-19 pada 11 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here