Tukar Ketua Pembangkang: Cucukkan nakal pihak tertentu

0
3

CUCUKAN nakal pihak tertentu, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir Mohd Ithnin mengenai desakan dalaman Pakatan Harapan (PH) untuk menukar Ketua Pembangkang.

“Tiada mana-mana pemimpin Amanah, DAP dan PKR yang menyebut saranan tersebut (tukar Ketua Pembangkang).

“Di peringkat tertinggi tidak wujud polemik siapa perlu menjadi Ketua Pembangkang yang sekarang disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam bual bicara di Facebook Pemuda Amanah Nasional.

Menurutnya, gesaan agar pembangkang menukar Ketua Pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah mainan pihak-pihak tertentu yang mahu menganggu-gugat keutuhan PH.

Malah, katanya, tiada perbincangan rasmi mahupun tidak rasmi daripada PH kedengaran untuk menukar Ketua Pembangkang, susulan kegagalan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi undian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Anwar yang juga Presiden PKR dinamakan sebagai Ketua Pembangkang pada Mei lalu.

Pemilihan Anwar dipersetujui Majlis Presiden PH mengambil kira jumlah wakil rakyat dalam parti dan pandangan semua Ahli Parlimen pembangkang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here