196 individu dikompaun ingkar PKP

0
2

Nurul Huda Abhar

SERAMAI 196 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesemuanya telah dikompaun, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (88), tidak memakai pelitup muka (86), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (8) dan lain-lain (14).

“Semalam, Operasi Benteng telah berjaya menahan 59 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta merampas tiga kenderaan darat. Sebanyak 118 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, anggota penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di 24 tapak binaan di seluruh Malaysia, semalam

“Daripada jumlah itu, 22 tapak binaan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan manakala dua tapak binaan tidak beroperasi,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here