Dr Sathia dipanggil bantu siasatan kes pemalsuan saringan Covid-19

0
2
KUALA LUMPUR, 2 Mei -- Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe bercakap pada sidang media berkaitan kegiatan mencuri tong gas ditumpaskan di sekitar Gombak di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENGASAS klinik swasta SP Care, Dr Sathia Prakash, dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan polis berhubung isu pemalsuan keputusan saringan Covid-19 yang dikendalikan klinik itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, mengesahkan perkara itu dan Dr Sathia dirakam percakapan kira-kira sejam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak petang semalam.

“Kita sebenarnya terima laporan daripada pihak klinik berhubung kegiatan itu pada Jun lalu selepas mereka mengesan 20 kes pemalsuan laporan keputusan Covid-19.

“Daripada semua kes itu, mereka beri tujuh nama lelaki Bangladesh berusia 30-an serta maklumat pasport di mana polis masih giat memburu mereka.

“Jadi, semalam kita panggil Dr Sathia untuk lengkapkan kertas siasatan dan dapatkan maklumat baharu yang mungkin diterima berkaitan kes itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mengulas lanjut, Arifai berkata, pihaknya menjalankan siasatan daripada setiap sudut dan maklumat diterima mendapati modus operandi kes ini seperti kegiatan menggunakan salinan sijil cuti sakit palsu.

“Kita tidak tolak kemungkinan mereka membuat pemalsuan keputusan Covid-19 bagi menjimatkan wang,” katanya. mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Semalam, Dr Sathia memaklumkan pihaknya mengesan kegiatan pemalsuan laporan keputusan saringan Covid-19 yang dijalankan kliniknya oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, semakan pihaknya mendapati pemalsuan ke atas laporan keputusan ujian saringan itu membabitkan pekerja di syarikat subkontraktor yang berurusan dengan pihak kerajaan dan swasta.

Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, meminta pengurusan klinik dan hospital swasta segera membuat laporan polis jika mengesan sebarang kegiatan pemalsuan keputusan saringan Covid-19 dikendalikan mereka.

Foto Kredit: The Star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here