Prasarana lancar aplikasi PULSE, mudahkan pengguna rancang perjalanan

0
1

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini melancarkan aplikasi perancang perjalanan PULSE, atau ‘Planning Your Lifestyle Efficiently’ bermula dengan perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Lembah Klang dan Selangor.

Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman melancarkan aplikasi mobile ‘Journey Planner Prasarana’ di Bilik Persidangan, Kompleks Rapid Rail Subang hari ini.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, aplikasi PULSE adalah satu lagi inisiatif untuk meningkatkan lagi kemudahan dan keselesaan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Kumpulan Prasarana.

“Aplikasi ini boleh didapati di Google Play Store minggu depan; dan di Apple App Store sebelum Tahun Baru untuk dimuat-turun dan digunakan oleh para pengguna perkhidmatan Rapid KL dan juga mereka yang belum menggunakannnya.

“Saya amat berharap warga kota akan memuat-turun dan mencuba aplikasi PULSE ini, yang sememangnya direka sebagai mesra pelanggan dan mudah digunakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, aplikasi terbaharu itu memudahkan para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana merancang perjalanan mereka dengan lebih baik sekali gus membantu meningkatkan produktiviti diri, organisasi dan juga negara secara keseluruhan.

Jelas beliau, PULSE akan dikembangkan untuk fasa kedua bagi meliputi perkhidmatan bas Rapid Penang dan Rapid Kuantan pertengahan tahun depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here