Suami nafi dakwaan ‘kerenah’ susahkan Nadia Brian

0
2

Nurul Huda Abhar

KISAH rumah tangga pelakon Nadia Brian kembali menjadi perbualan apabila kedua-dua pasangan itu silih berganti tampil dengan kenyataan balas berkaitan hubungan mereka yang berantakan.

Terbaharu, suaminya Muizz Nasruddin muncul mendedahkan kenyataan menepis kata-kata isterinya yang mana menyatakan ‘kerenahnya’ kepada umum.

Menerusi hantaran di Insta Story, Muizz menjelaskan dia tidak pernah memberi sebarang halangan kepada isterinya untuk bekerja mahupun berkawan dengan sesiapa pun.

“Kerenah? Aku tak pernah paksa kau masak, cuci baju, bersihkan rumah sebab orang gaji sudah disediakan.

“Aku tak pernah halang dan paksa kau untuk bekerja. Aku tak pernah halang kau berkawan dan berkasar dengan kau. Jadi apa yang kau derita sangat,” tulisnya semalam.

Menurutnya, dia telah menunaikan semua tanggungjawab dari segi menyediakan nafkah mengikut kemampuannya sepanjang perkahwinan mereka.

Namun, Muizz memberitahu buat masa kini masih tidak mampu menghadiahkan rumah dan memenuhi kehendak isterinya oleh kerana faktor ekonomi.

“Sekarang ini ialah waktu sukar kerana keadaan ekonomi yang teruk. Adakah ini alasan untuk semua perkara buruk yang telah kau lakukan kepada aku?,” ujarnya lagi.

Muizz juga menepis kenyataan bahawa tindakan yang diambil sebelum ini adalah semata-mata untuk memperoleh perhatian umum.

“Populariti tidak dapat membayar bil saya. Saya juga tidak buat review untuk dapatkan duit atau gelek pinggul dalam TikTok untuk mendapatkan perhatian.

“Saya tak dapat hasil apa-apa daripada masalah ini. Berhenti bercakap bohong pasal saya, jadi saya boleh berhenti untuk sebarkan kebenaran tentang kau,” kata Muizz.

Terdahulu, Muizz memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 2 Oktober lalu.

Menurutnya, sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, dia akan dianggap sebagai lelaki dayus.

Ini kerana, dia membuat kenyataan mempunyai bukti kukuh isterinya berlaku curang bersama lelaki lain di luar pengetahuannya.

Namun, Nadia, 29, memberitahu semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini adalah fitnah.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here