Salah kira: Tasek Gulugor tak hina Majlis Dewan Rakyat

0
2

[PARLIMEN] YANG di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menolak usul untuk merujuk Datuk Shabudin Yahaya (PN-Tasek Gelugor) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana kesilapan mengira undi belah bahagi Belanjawan 2021.

Azhar berkata setelah menilai dokumen dan keterangan dikemukakan, beliau mendapati kesilapan itu tidak menghina majlis Dewan Rakyat.

“Saya mendapati perbuatan Yang Berhormat Tasek Gelugor kerana tersilap mengira undi tidak terjumlah kepada suatu kenyataan yang menggelirukan Dewan yang boleh disifatkan sebagai menghina Majlis menurut Peraturan Mesyuarat 36(12),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam suratnya kepada Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang sebelum mengajukan usul untuk membawa Shabudin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Pada 30 November lalu, Shabudin telah mengambil kira undian dari Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) semasa undi belah bahagi peruntukan Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kewangan walaupun Nazri tidak berada di dalam dewan.

Shabudin kemudian mengakui kesilapan itu dan meminta maaf keesokan harinya.

Sementara itu, Fahmi menerusi reaksi di Facebooknya melahirkan rasa kesal dengan keputusan berkenaan kerana ia memberi mesej yang salah dari segi proses pengundian belah bahagian.

“Seharusnya Dewan mengambil tindakan yang tegas, bukan setakat ini sahaja. Malang.

“Saya harap reformasi proses pengundian di Parlimen akan dapat diusahakan, bukan sahaja dengan adanya pemerhati tetapi mengambil kira hak kerahsiaan undian setiap Ahli Parlimen itu – khusus sewaktu proses undian berjalan – dijamin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here