Google tidak boleh digunakan di Internet Explorer Mac 2021

0
2

GERGASI teknologi, Google mengumumkan akan menghentikan sebahagian besar perkhidmatannya melalui enjin carian Internet Explorer 11 (IE 11) bermula 2021, lapor Daily Star.

Agensi itu melaporkan, Google dalam satu kenyataan menyatakan semua aplikasi Workspace kendaliannya tidak boleh digunakan pada platform itu bermula 15 Mac 2021.

Ini termasuk khidmat Gmail, Google Calendar, Google Drive, Google Docs, Google Sheets, Google Slides, Google Meet dan Google Chat.

“Google Workspace akan berhenti menyokong perisian IE 11 secara rasminya pada 15 Mac nanti.

“Beberapa minggu akan datang, kami akan menyiarkan gegantung untuk semua pengguna Google Workspace yang masih menggunakan perisian IE 11 untuk menasihatkan mereka supaya menaik taraf pelayar Internet sebelum 15 Mac 2021,” kata kenyataan itu.

Selain itu, Google turut menyarankan pengguna untuk menukar pelayar Internet kepada Chrome, Firefox, Safari atau Microsoft Edge bagi mengelakkan sebarang masalah.

“Kami mengesyorkan pengguna untuk bertukar pelayar Internet lain secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan seperti penurunan prestasi atau kelemahan sekuriti,” katanya.

Sementara itu, laman penganalisis trafik web NetMarketShare menyatakan Internet Explorer merupakan enjin dan pelayar keempat popular di dunia.

Berikutan itu, dianggarkan berjuta-juta pengguna yang masih menggunakan pelayar tersebut akan mengalami gangguan jika belum menukar enjin pencarian menjelang Mac depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here