BEKAS ketua jurulatih skuad Pulau Pinang, Moey Yoke Ham meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsikan Kelab Bolasepak Pulau Pinang menerusi kenyataan ringkas pada akaun Facebook milik mereka, Penang FC sambil menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mendiang.
“Pengurusan dan semua warga Persatuan & Kelab Bolasepak Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” kata kenyataan itu.
Mendiang yang berusia 76 tahun adalah tokoh yang diingati membawa kegemilangan skuad Pulau Pinang bersama Merzagua Abderrazak apabila merangkul kejuaraan Liga Perdana 1 pada 1998. – Malaysiapost

