Agong isytihar darurat Parlimen Gerik, DUN Bugaya

0
2
KUALA LUMPUR, 18 Mei -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, May 18 -- The Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah arrives at the Parliament Building to officiate the Third Session of the 14th Parliament today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Muhammad Mustakim Ramli

YANG di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan mengisytiharkan darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Gerik, Perak dan Pilihan Raya Negeri Bugaya, Sabah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau terlebih dahulu menyembah maklum akan nasihat Jemaah Menteri kepada Agong dan baginda berkenan mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

“Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“(Ini) bagi membolehkan suatu Ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan PRK bagi P185 Batu Sapi, Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, dalam menyembah nasihat kepada Baginda, Jemaah Menteri pada 4 Disember lalu telah membincangkan secara terperinci akan kesan PRK Gerik, Perak dan Bugaya, Sabah jika diadakan pada masa pandemik Covid-19 masih menular.

“Mengambil iktibar penularan Covid-19 susulan PRN Sabah sebelum ini, Jemaah Menteri berpadangan kedua-dua PRK ini perlu dielakkan atas faktor ancaman kesihatan awam, ancaman ke atas kehidupan ekonomi dan ancaman ketenteraman awam,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here