Bekalan air di Sabak Bernam dijangka pulih esok

0
2

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air di 38 kawasan di Sabak Bernam dijangka pulih sepenuhnya pada jam 2 pagi, esok.

Gangguan yang berlaku sejak jam 10 pagi tadi disebabkan kerja penggantian injap di dua lokasi yang menyebabkan gangguan berkenaan dijangka siap pada jam 8 malam ini.

Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri, berkata susulan itu bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja penggantian selesai dilakukan.

“Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut status bekalan air terkini diminta melayari laman sesawang www.airselangor.com,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Pengguna juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Sebanyak 38 kawasan di wilayah Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual, mulai 10 pagi, hari ini.

Bekalan air di 38 kawasan itu terjejas berikutan pelaksanaan kerja penggantian enam unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dan pemasangan satu injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here