Siasatan kematian Maradona kembali rancak

0
2

SIASATAN terhadap kematian legenda bola sepak, Diego Maradona kembali rancak apabila polis memeriksa rumah adik kepada akauntan pemain itu.

Pegawai penyiasat juga merampas telefon bimbitnya bagi mencari bukti sebagai sebahagian daripada siasatan yang dikuatkuasakan selepas kematian legenda yang mendapat jolokan ‘Hand of God’ itu pada 25 November.

Dia dikenali sebagai Maximiliano Trimarchi dan dikenalpasti sebagai adik kepada akauntan Diego, Andrea Trimarchi.

Memetik laporan Agensi, sumber rapat kes berkenaan memberitahu media Argentina bahawa bukti baharu itu diperoleh di sebuah rumah sewa, tempat Maradona menetap selepas pembedahan membuang darah beku di otaknya.

“Pentingnya rampasan telefon bimbit itu bergantung sama ada ia memiliki maklumat penting untuk siasatan,” kata sumber berkenaan.

Trimarchi berkata, dia bertugas sebagai pengiring kepada Agustina Cosachov, pakar yang menjadi sebahagian pasukan yang menjaga bintang Napoli dan Barcelona itu.

Maradona memerlukan bantuan sokongan selepas dibenarkan keluar dari hospital dan menetap di sebuah kawasan perumahan di utara Buenos Aires.

Rumah Cosachov serta pejabatnya sudah diperiksa oleh polis dengan pihak pendakwa cuba mencari bukti sama ada Diego menjadi mangsa penjagaan kesihatan yang teruk atau kematiannya disebabkan pengabaian.

Bekas doktor peribadi pemain itu, Dr Leopoldo Luque juga disiasat apabila barangan miliknya seperti komputer dan telefon bimbit dirampas. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here