Belasungkawa: Ungku Abdul Aziz tokoh disegani

0
2

PROFESOR Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dilahirkan pada 28 Januari 1922 di London, England adalah tokoh yang sangat disegani, terutama dalam bidang pendidikan serta ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada negara.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College serta Universiti Malaya Singapura dan mendapat ijazah pada 1951.

Pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda University, Tokyo.

Pada tahun 1961-1965, beliau dilantik sebagai Profesor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (UM) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor universiti itu dari 1968 hingga 1988 dan berkhidmat selama 20 tahun di sana.

Dalam tempoh tersebut juga, beliau memegang jawatan Presiden ANGKASA, jawatan yang dipegangnya hingga kini, dan berkhidmat sebagai Penasihat atau Ahli Jawatan kuasa Penasihat kepada beberapa institusi tempatan dan antarabangsa.

Beliau dianugerahkan gelaran Profesor Diraja pada 17 Jun 1978.

Antara sumbangan utama Ungku Aziz kepada negara adalah dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu Bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.

Malah beliau adalah pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad dan Akademi Islam, Pusat Asasi Sains dan
Pekan Buku di Universiti Malaya.

Sepanjang 1971 hingga 2005, Ungku Abdul Aziz dianugerahkan pelbagai ijazah kehormat daripada institusi tempatan dan antarabangsa.

Antaranya, Doctor of Humane Letters dari University of Pittsburgh, Doctor of Education dari Chulalongkorn University, Royal Professor of Economic oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Doctor of Laws dari University of Strathclyde dan Doctor of Economics dari Universiti Malaya.

Justeru, berita pemergiannya hari ini amat mengejutkan dan suatu kehilangan besar kepada negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here