Ungku Abdul Aziz meninggal dunia

0
2

PROFESSOR Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara, jam 4.30 petang tadi.

Isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran, berkata jenazah Prof Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Allahyarham adalah tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.

Selain itu, beliau adalah ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa serta negara dan pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada 1993.

Beliau dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.

Pada 21 Julai 2002 beliau dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

Allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here