Perkasakan MN, Pertahankan PN – Majlis Syura

0
2

Fitri Nizam

MESYUARAT Majlis Syura Ulama PAS menegaskan kepentingan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama yang berlangsung semalam.

“Mesyuarat Majlis Syura ‘Ulama juga membincangkan situasi politik semasa dan menegaskan kepentingan memperkasakan MN dan mempertahankan PN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS diadakan bagi memenuhi tuntutan Fasal 8(2), (3), (4), (5), (6) dan (7), Perlembagaan parti PAS.

Dalam kenyataan itu, turut diumumkan senarai terkini 17 ahli-ahli Majlis Syura Ulamak serta penjawatan masing-masing iaitu:

Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin; Timbalan, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Ahli pula terdiri daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Senator Ustaz Idris Ahmad; Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh; Datuk Dr Johari Mat; Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan Datuk Taib Azamudden Md Taib.

Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (merangkap Bendahari); Prof Madya Dr Aminurraasyid Yatiban; Datuk Dr Norhafizah Musa; Dr Wahibah Twahir@H Tahir; Ahmad Ali; Profesor Datuk Dr Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff dan Profesor Madya Dr Shukeri Mohamad. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here